Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Download Terjemah Kitab Iqdul Lul Fii Siroh Al Batul - Habib Muhammad ibn Hasan al Haddad

 

Kitab Iqdul Lul Fii Siroh Al Batul 

Habib Muhammad ibn Hasan al Haddad




Buku Untaian Mutiara Dalam Perjalanan Hidup Al Batul ra ini adalah terjemahan kitab ‘Iqd al Lul fi Sirah al Zahra’ Fatimah al Batul karangan al Sayyid al Habib Muhammad ibn Hasan ibn ‘Alawi al Haddad.

Ia telah mendapat perhatian dan menjadi bacaan umum kerana nilainya yang tinggi dalam menggambarkan keperibadian luhur dan mulia puteri kesayangan Rasulullah saw, Sayyidah Fatimah al Zahra’ ra.

Buku Sejarah dan Kisah Sayyidati Fatimah Az Zahra

Buku ini juga memaparkan secara ringkas sirah Fatimah al Zahra’ ra menyentuh sisi-sisi indah pada dirinya dari akhlak dan taqwa selaku seorang srikandi yang telah menghabiskan segenap usianya berkhidmat kepada Islam dengan dengan sepenuh keikhlasan.

Kisah tentang Az Zahra memberikan isnpirasi bagi kita, merupakan sumber keindahan, membawa kepuasan dan tentunya kisah yang Panjang. Sehingga penulis terhenti sejenak di dalam kebingungan, tidak mampu merangkai sepatah kata. Tidak pasti dari mana akan dimulai. Adakah (yang sesuai) dengan karangan yang Panjang atau bait puisi yang mengasyikkan? Yang mana diambil untuk disebutkan dan yang mana ditinggalkan untuk menjadi tulisan? Sungguh penulis berhadapan dengan lautan batu permata berharga yang luas terbentang. Telah suci segala dari beliau, perkataan dan perbuatan. Telah mencapai kedudukan tinggi semua yang berhubungan dengan beliau dari asal keturunan kepada zuriat setelahnya. (Sudah tentu lihatlah!) Siapa ibundanya? Siapa ayahandanya? Siapa teman hidupnya? Siapa anak keturunannya?



Silahkan Download Kitabnya Disini

https://archive.org/download/etaoin/Terjemah%20Kitab%20Iqdul%20Lul%20Fi%20Sirotil%20Batul.pdf


Daftar Kitab Terjemah

Post a Comment for " Download Terjemah Kitab Iqdul Lul Fii Siroh Al Batul - Habib Muhammad ibn Hasan al Haddad"